Abstract
Pengupayaan dan motivasi kerja dalam kalangan guru adalah amat penting. Kajian ini cuba melihat tahap motivasi kerja mengikut demografi guru atau responden meliputi jantina, umur, pengalaman memegang jawatan dan tempoh perkhidmatan. Responden yang terlibat dalam kajian ini melibatkan seramai 150 orang guru kanan daripada 10 buah sekolah menengah di Kota Kinabalu. Pemilihan responden dilakukan secara rawak. Satu set soal selidik yang mengandungi 75 item skala Likert digunakan untuk mengukur maklum balas responden. Data yang dikutip telah dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science VII.O (SPSS V11.0). Analisis kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens dilakukan untuk memperoleh korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara pengupayaan pengetua dengan motivasi kerja dalam kalangan guru yang dikaji. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja guru mengikut demografi iaitu jantina, umur, pengalaman menyandang jawatan dan tempoh perkhidmatan responden.
Empowerment and work motivation among teachers are very important. This study attempts to look at the level of work motivation according to the demographics of teachers or respondents including gender, age, experience in holding a position and length of service. The respondents involved in this study involved 150 senior teachers from 10 secondary schools in Kota Kinabalu. Respondent selection was done randomly. A set of questionnaires containing 75 Likert scale items was used to measure respondent responses. The data collected was analyzed using the Statistical Package for the Social Science VII.O (SPSS V11.0). Descriptive and inferential statistical analysis was performed to obtain Pearson correlation, t-test and one-way ANOVA. The findings of this study show that there is a significant relationship between principal empowerment and work motivation among the teachers studied. In addition, the findings of the study also show that there is no significant difference between teachers' work motivation according to demographics, namely gender, age, experience in holding a position and length of service of the respondents.