Abstract
Memikirkan akan kepentingan seseorang itu perlu mempunyai tahap kecergasan yang baik, maka adalah wajar satu ujian kecergasan dilakukan untuk menilai tahap kecergasan fizikal para pelajar Sains Sukan Tahun Satu berdasarkan umur dan jantina. Seramai 78 orang pelajar yang terdiri daripada 51 orang pelajar lelaki dan 27 orang pelajar perempuan telah menjalani ujian kecergasan fizikal. Ujian kecergasan ini telah menggunakan sebanyak 6 item bateri ujian. Kesemua bateri ujian ini dapat menilai tahap kecergasan daripada aspek kepantasan, ketangkasan, daya tahan kardiovaskular, kuasa kaki dan fleksibiliti. Hasil kajian menunjukkan bahawa satu norma kecergasan fizikal boleh dibentuk berdasarkan jantina. Di samping itu, hasil daripada skor yang diperoleh menunjukkan tahap kecergasan pelajar berada pada tahap sederhana. Norma kecergasan ini boleh digunakan sebagai satu piawaian tahap prestasi pelajar-pelajar yang memasuki program Sains Sukan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Recognizing the importance of maintaining a good level of physical fitness, it is appropriate to conduct fitness tests to assess the physical fitness levels of first-year Sports Science students according to age and gender. A total of 78 students, comprising 51 male students and 27 female students, participated in the physical fitness tests. The fitness assessment consisted of six test battery items. All six test batteries assessed various aspects of physical fitness, including speed, agility, cardiovascular endurance, leg power, and flexibility. The findings indicated that physical fitness norms could be established based on gender. In addition, the scores obtained showed that the students' overall fitness levels were at a moderate level. These fitness norms can be used as a performance standard for students entering the Sports Science programme at Universiti Malaysia Sabah (UMS).