Abstract
Modal insan berkualiti merupakan aset yang penting dalam usaha menggerakkan pembangunan dan kemajuan negara. Artikel ini menghuraikan tentang pendekatan yang diambil oleh sebuah universiti awam-antarabangsa dalam usaha memperkasa kualiti modal insan yang bakal mereka keluarkan. Kajian mendapati universiti yang dikaji telah menggunakan program akademik yang ditawarkan sebagai mekanisme utama dalam memperkasa modal insan, iaitu dengan menawarkan program-program akademik baru yang relevan dengan keperluan semasa, menilai semula program-program yang telah sedia ditawarkan serta mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam program akademik yang ditawarkan bagi melahirkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak terpuji. Hal ini untuk memastikan program akademik yang ditawarkan adalah relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan hasrat untuk memperkasa kualiti modal insan yang bakal dikeluarkan. Malahan, aspek kualiti yang ingin diperkasa bukan hanya bertumpu kepada kemahiran dan pengetahuan, tetapi turut memberi penekanan terhadap aspek sahsiah dan akhlak diri modal insan tersebut.
Quality human capital is an important asset in driving the development and progress of a country. This article describes the approach adopted by a public-international university in its efforts to enhance the quality of the human capital it aims to produce. The study found that the university examined used its academic programmes as the primary mechanism for empowering human capital by offering new academic programmes that are relevant to current needs, reviewing existing programmes, and integrating Islamic values into the academic programmes offered to produce graduates with strong character and commendable moral values. These efforts are intended to ensure that the academic programmes offered remain relevant to current needs and are aligned with the objective of enhancing the quality of the human capital to be produced. Furthermore, the quality aspects being enhanced are not limited to skills and knowledge, but also emphasise the character and moral development of the human capital.